Cari:
PM Abe Digesa Akui Kesalahan
2015-04-27 14:43:02 CRI Cetak

Pelbagai lapisan masyarakat AS menyuarakan desakan agar Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang bakal berucap di Kongres AS pada 29 April nanti mengakui kesalahan yang dilakukan negaranya sewaktu Perang Dunia Kedua (WWII), sekali gus mengulangi lagi bahawa tindakan memutarbelitkan fakta-fakta sejarah bukannya perbuatan yang wajar bagi sesebuah negara yang bertanggungjawab. Hanya dengan meneliti sejarah secara jujur, barulah Jepun dapat mencapai persefahaman dengan masyarakat antarabangsa, terutamanya negara-negara jiran di Asia yang pernah banyak menderita ekoran pencerobohan negara itu pada 70 tahun lalu.

Persatuan Memorial Pembela Bataan dan Corregidor AS (ADBC-MS), sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi veteran Perang Dunia Kedua, baru-baru ini menulis surat kepada Suruhanjaya Hal-ehwal Veteran Senat dan Dewan Perwakilan untuk menuntut PM Abe supaya mengakui kesalahan Tokyo dalam WWII. Presiden ADBC-MS, Jan Thompson semasa diwawancara pemberita Radio Antarabangsa China (CRI) menyatakan bahawa persatuan yang mewakili veteran-veteran yang dapat selamat menempuh hujan peluru pada lebih 70 tahun lepas serta keluarga mereka itu amat bimbang akan sikap Abe yang berat mulut semasa menghadapi gesaan masyarakat antarabangsa. Jan berkata: "Selain mengeluarkan pengumuman yang menunjukkan kekesalan, Tokyo dikehendaki mengubah sikapnya dan menghentikan semua percubaan untuk mengagungkan atau menyembunyikan sejarah pencerobohan yang gelap. Kita mahu melihat seorang pemimpin yang mengetuai satu negara moden mengecam apa pun perbuatan memutarbelitkan fakta sejarah."

Sebelum ini, terdapat 25 orang anggota Dewan Perwakilan AS antaranya Mike Honda berketurunan Jepun, yang menulis surat kepada Duta Besar Jepun ke AS, Kenichiro Sasae untuk menggesa Abe supaya mentaati semangat ucapan yang dibuat bekas Perdana Menteri Tomiichi Murayama pada tahun 1995 yang mengakui sejarah penjajahan Jepun. Mike Honda berkata, beliau berasa amat kecewa kerana masyarakat antarabangsa gagal menyaksikan Tokyo yang bertindak membaiki hubungan dengan jirannya melalui pendekatan mengubati trauma negara-negara berkenaan dan pencapaian persefahaman. Mike menambah, Abe merupakan perdana menteri Jepun pertama yang menyampaikan ucapan di Kongres sempena ulang tahun ke-70 berakhirnya WWII. Pada 70 tahun lalu, mantan Presiden AS, Franklin Roosevelt mengisytiharkan penglibatan negara itu dalam Perang Dunia Kedua di lokasi sama, yang menjadikan ucapan PM Jepun itu mempunyai makna yang signifikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China