Cari:
Pembinaan Komuniti ASEAN Perlu Sokongan Rakyat
2015-04-27 16:31:50 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berlangsung selama dua hari telah dirasmikan di Kuala Lumpur, Malaysia semalam. Fokus utama sidang ini adalah memastikan Komuniti ASEAN selesai dibina tepat pada masanya, serta membincangkan Visi Pembangunan ASEAN untuk tempoh selepas 2015. Tema sidang kemuncak ini, "Rakyat kita, komuniti kita dan Hasrat kita", mencerminkan pentingnya sokongan dan penglibatan rakyat negara-negara ASEAN dalam pembinaan komuniti tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak dalam jamuan malam tadi menyatakan, hanya dengan adanya sokongan daripada rakyat kesemua sepuluh negara anggota barulah integrasi ASEAN dapat diwujudkan. Menurut beliau, rakyat negara-negara ASEAN bukan sahaja perlu merasakan diri mereka sebahagian daripada ASEAN, tetapi perlu menyedari masa depan ASEAN juga masa depan mereka. Sekiranya rakyat tidak melibatkan diri dalam pembinaan Komuniti ASEAN dan bergantung semata-mata pada pemimpin negara masing-masing, hasilnya pasti terbatas. Oleh yang demikian, sidang kali ini akan mempertimbangkan nasihat dan cadangan rakyat dari empat lapisan masyarakat iaitu belia, persatuan masyarakat, usahawan dan anggota parlimen tentang integrasi ASEAN dan pembinaan Komuniti ASEAN.

Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman pula berkata, pembinaan Komuniti ASEAN merupakan batu tanda penting dalam proses integrasi ASEAN yang sudah dijalankan berdekad-dekad lamanya. Pembinaan komuniti tersebut bukan lagi sekadar slogan politik yang dilaung-laungkan, tetapi melibatkan pelbagai langkah konkrit untuk mewujudkan integrasi ASEAN. Langkah-langkah seperti melaksanakan dasar monetari, visa dan zon waktu yang bersatu, akan memberikan impak yang mendalam terhadap kehidupan rakyat di rantau ini.

Pendek kata, integrasi ASEAN tetap berdepan dengan pelbagai cabaran yang tidak dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat. Pembinaan Komuniti ASEAN bukan sahaja memerlukan kata sepakat daripada para pemimpin, tetapi juga sokongan daripada rakyat negara-negara terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China