Cari:
China Mulakan Bantuan Kemanusiaan Pusingan Kedua kepada Nepal
2015-04-29 14:10:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut Kementerian Perdagangan China, China akan memulakan bantuan kemanusiaan pusingan kedua kepada Nepal. Selepas pemberian bantuan yang bernilai RMB 20 juta (kira-kira RM11. 50 juta), berdasarkan perkembangan bencana gempa bumi di Nepal pada ketika ini, kerajaan China memutuskan untuk meneruskan bantuan pusingan kedua yang bernilai RMB 40 juta (kira-kira RM 22.90 juta) kepada negara tersebut.

Pasukan perubatan China yang sedang menjalankan operasi menyelamat di kawasan bencana Nepal semalam berkata, kini, lebih seratus orang mangsa yang cedera menerima rawatan yang disediakan oleh pasukan perubatan China tersebut. Pada hari yang sama, pasukan perubatan yang terdiri daripada enam orang doktor dan jururawat turut menyediakan perkhidmatan diagnosis secara percuma kepada berpuluh-puluh ribu mangsa di Kathmandu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China