Cari:
Xi Jinping Menemui Alexander Lukashenko
2015-05-11 13:53:30 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko bersetuju untuk meningkatkan kerjasama secara menyeluruh, menggabungkan strategi pembangunan kedua-dua negara, dan meningkatkan perkongsian strategik komprehensif antara China dengan Belarus.

Persetujuan ini dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara dalam rundingan di Minsk semalam.

Xi Jinping memberikan cadangan empat perkara untuk membina hubungan yang berkongsi kepentingan dan nasib bersama. Pertama, meningkatkan kepercayaan politik. Kedua, menggalakkan penggabungan strategi pembangunan kedua-dua negara. Ketiga, menggalakkan interaksi dan kerjasama sosiobudaya dan wilayah. Keempat, meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Lukashenko pula berkata, Belarus bersedia untuk bersama-sama dengan China meningkatkan kerjasama perdagangan, sains dan teknologi serta pendidikan. Pada masa yang sama, Belarus bersedia untuk menjadi tunggak utama bagi inisiatif "Satu Jalur dan Satu Laluan" anjuran China.

Selepas mengadakan rundingan, pemimpin kedua-dua negara menandatangani perjanjian kerjasama persahabatan dan dokumen kerjasama bilateral China-Belarus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China