Cari:
OBAOR Bukan Alat Geopolitik
2015-05-22 12:49:36 CRI Cetak

Inisiatif "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) bukan alat geopolitik bagi mana-mana negara, sebaliknya ia merupakan satu wawasan diterajui China yang menguntungkan masyarakat antarabangsa. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming semalam.

Menurut beliau, inisiatif OBAOR, iaitu Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 tidak berkaitan dengan isu ketenteraan dan isu yang menimbulkan kontroversi. Ia hanya berfokus kepada kerjasama ekonomi dan sosiobudaya. Inisiatif ini menyasarkan kesalinghubungan dan kerjasama diwujudkan untuk menerokai potensi pembangunan negara-negara terlibat, bagi memacu pertumbuhan ekonomi global dan menyumbang kepada keamanan dunia.

Tambah beliau, pembinaan OBAOR bukan bermakna menggantikan mekanisme kerjasama serantau yang sedia ada, tetapi bertujuan menyelaraskan strategi ekonomi negara-negara di sepanjang jalan sutera bagi mengoptimumkan kelebihan masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China