Cari:
Penilaian Prestasi Junta Thailand
2015-05-22 13:57:40 CRI Cetak

Hari ini genap setahun berlakunya rampasan kuasa oleh tentera Thailand. Pada 22 Mei 2014, pihak tentera Thailand mengambil alih pemerintahan negara secara menyeluruh dan mengakhiri tempoh pemerintahan kerajaan Yingluck Shinawatra yang berlangsung hampir empat tahun, malah juga mengakhiri tunjuk perasaan yang berlarutan selama lapan bulan di seluruh negara. Penilaian prestasi oleh pelbagai pihak menunjukkan baik buruknya pemerintahan junta Thailand sejak setahun yang lalu.

Mengenai pencapaian junta Thailand, Jurucakap Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Thailand (NCPO), Winthai Suvaree berasa optimistik terhadap prestasi junta. Pada pandangan beliau, sejak negara diperintah oleh kerajaan junta, situasi masyarakat dan industri pelancongan bertambah baik.

Namun, bagi para penyokong kerajaan Yingluck yang dikenali sebagai kumpulan Baju Merah, sikap optimistik seperti itu hanyalah menipu diri sendiri.

Manakala, sarjana berpendapat, sejak kerajaan tentera menguasai pemerintahan, mereka lebih menaruh perhatian untuk memastikan kestabilan masyarakat serta meredakan keganasan di jalan, jadi prestasi ekonomi dalam tempoh pemerintahannya agak lemah. Sarjana sains politik dari Universiti Chulalongkorn Thailand, Thitinan Pongsudhirak berpendapat, dalam tempoh setahun yang lalu, hala tuju dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan junta tidak begitu jelas. Perkembangan pelaburan infrastruktur serta pembaharuan struktur syarikat milik negara juga agak perlahan dan tidak menentu. Namun begitu, prestasi keseluruhan kerajaan tentera tetap melebihi jangkaan, terutamanya gejala rasuah dikawal pada tahap tertentu.

Thitinan berkata, "sejak tahun lalu, kerajaan junta telah mempertingkatkan keselamatan dan pertahanan, serta memastikan ketenteraman dan kestabilan sosial. Tetapi, jika prestasi kerajaan menunjukkan kelemahan dalam beberapa bulan yang akan datang, kestabilan itu akan diuji. Prestasi kerajaan junta boleh dikatakan lebih baik daripada yang dijangkakan, kerana pemerintahan kerajaan tentera yang lalu biasanya diiringi rasuah yang agak serius, namun setakat kini, kerajaan junta telah mengawal kegiatan rasuah. Bagaimanapun, mereka masih perlu mengekalkan prestasi yang baik dalam bidang tersebut pada masa hadapan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China