Cari:
Kerajaan Abe Digesa Akui Perang Pencerobohan Jepun
2015-05-22 13:44:42 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam sesi perbahasan Diet menolak mengakui takrif dalam Perisytiharan Potsdam mengenai perang pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia II. Dalam perbahasan itu, Abe enggan memberi sebarang ulasan terhadap Perisytiharan Potsdam dengan alasan tidak pernah membaca seluruh isi kandungan dokumen berkenaan. Abe dengan sengaja mengelak daripada mengakui Perisytiharan Potsdam, beliau mendakwa bahawa Jepun menerima Perisytiharan Potsdam pada masa itu hanya untuk mengakhiri perang.

Walaupun menolak mengakui perang pencerobohan, tetapi Abe mengakui Jepun pernah menerima Perisytiharan Potsdam. Pada 26 Julai 1945, China, AS dan Britain mengeluarkan Perisytiharan Potsdam, menggesa Jepun menyerah kalah tanpa syarat dengan serta merta, serta menuntut Jepun melaksanakan Deklarasi Kaherah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga negara itu pada bulan Disember 1943.

Berdasarkan Perisytiharan Potsdam dan Deklarasi Kaherah, order antarabangsa pasca Perang Dunia II terbentuk. Meskipun Abe mungkin tidak pernah mengkaji kedua-dua dokumen penting itu, kerajaan Jepun pada masa itu benar-benar mengumumkan penyerahan kalah menurut syarat Perisytiharan Potsdam, malah tidak pernah dan tidak berani mencabar kandungan dokumen itu walau satu perkataan pun. Fakta ini telah dicatat dalam sejarah.

Lima kandungan pertama dalam Perisytiharan Potsdam menggesa Jepun menyerahkan diri, dan kandungan berikutnya dianggap lebih penting kerana sekali lagi memberikan takrif mengenai perang pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia II. Dalam Deklarasi Kaherah yang dikeluarkan sebelum Perisytiharan Potsdam, tindakan Jepun semasa Perang Dunia II disifatkan sebagai pencerobohan telah pun dikenal pasti.

Tahun ini ulang tahun ke-70 kemenangan perang anti-Fasis dunia. Selepas zaman Pemulihan Meiji, Jepun terus-menerus memperluas kuasanya, bahkan melancarkan pencerobohan besar-besaran terhadap China dan rantau Asia Pasifik pada tahun 1930an dan 1940an. Berikutan kemenangan besar masyarakat antarabangsa dalam perang anti-Fasis, pencerobohan negara imperialis termasuk Jepun barulah dapat diakhiri, dan kedamaian selama 70 tahun pasca Perang Dunia II dapat diwujudkan di seluruh dunia.

Pada tahun 1945, masyarakat antarabangsa telah memberikan peluang kepada Jepun untuk menyerah kalah, dan militaris Jepun pada masa itu telah membuat keputusan rasional dengan menerima Perisytiharan Potsdam. Namun pada masa sekarang, sayap kanan Jepun mahu mencabar dan memutarbelitkan fakta-fakta sejarah. Masyarakat dunia menggesa kerajaan Abe memandang sejarah dengan tepat dan mengakui perang pencerobohan Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China