Cari:
Sistem Agensi Kerajaan AS Digodam
2015-06-06 15:09:55 CRI Cetak

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS melancarkan siasatan khas untuk menyiasat kejadian penggodaman sistem agensi kerajaannya dan memburu pihak yang bertanggungjawab mendalang serangan siber itu.

Jurucakap Rumah Putih, Josh Ernest dalam sidang media semalam memaklumkan, siasatan bagi mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu sedang dilakukan dan belum ada penemuan penting yang menunjukkan mana-mana pihak atau negara mendalang serangan siber tersebut.

Sebelum ini, seorang pegawai AS yang enggan namanya diketahui mendakwa, kerajaan atau entiti luar dipercayai menjadi dalang serangan berkenaan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan China mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Dalam perkembangan sama, jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam menafikan dakwaan itu dan mengingatkan AS supaya jangan menunjukkan adanya kesangsian pada kempen memerangi serangan siber, sebaliknya lebih perlu menunjukkan sikap kerjasama dan kepercayaan.

Dalam pada itu, penasihat kanan Jabatan Negara AS bagi Hal Ehwal Penyebaran Strategi, Marie Harf komited bahawa kejadian itu tidak akan menjejaskan Dialog Strategi dan Ekonomi AS-China Ketujuh yang dijadual berlangsung di Washington menjelang hujung bulan ini.

Dilaporkan, sistem komputer agensi kerajaan AS menjadi sasaran penggodam, apabila maklumat peribadi kira-kira empat juta kakitangan awam termasuk bekas pekerja diceroboh, sekali gus menjadi kecurian data terbesar dalam sejarah negara itu.

Sebelum ini pihak Pejabat Pengurusan Kakitangan (OPM) mengesan aktiviti pencerobohan sistem maklumat pada April lalu dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri mengesahkan bahawa data agensi kerajaan telah terjejas akibat diceroboh sebulan kemudian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China