Cari:
Penghormatan Terakhir kepada Mangsa Kapal Karam
2015-06-07 15:24:43 CRI Cetak

Upacara bertafakur untuk mangsa tragedi kapal karam China diadakan pagi tadi.

Kira-kira 1,000 orang yang melibatkan saudara mara mangsa, anggota penyelamat, penduduk tempatan, perwakilan media dan lain-lain tidak terkecuali berdiri berbaris di tebing utara Sungai Yangtze untuk memberikan tabik hormat dan bersama-sama bertafakur.

Ratusan mayat yang dikeluarkan dari kapal "Bintang Timur" menjadikan angka korban tragedi kapal karam itu mencatat 431, manakala 11 lagi masih hilang.

Menurut adat istiadat China, hari ini merupakan hari ketujuh pemergian bagi si mati. Masyarakat China percaya bahawa roh si mati akan pulang kembali ke rumah pada hari itu dan meminta anggota keluarganya supaya memenuhi permintaannya seperti keperluan di alam syurga dan sebagainya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China