Cari:
Bina Kelebihan Sektor Pembuatan China Melalui Pembaharuan dan Inovasi
2015-06-16 16:46:12 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang melakukan tinjauan di Syarikat Kejuruteraan Tenaga Nuklear Berhad (CNPE) dan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China semalam. Beliau menegaskan bahawa China akan membina kelebihan baharu dalam sektor pembuatan melalui pembaharuan dan inovasi dan menggalakkan perkembangan sektor pembuatan menuju ke tahap sederhana dan tinggi dengan menjalankan transformasi dan penaiktarafan.

Ketika melawat ke CNPE, Li Keqiang mendapat maklumat yang terperinci mengenai hasil inovasi tenaga nuklear generasi ketiga China, iaitu teknologi tenaga nuklear No.1 Hualong. Selain itu, beliau berinteraksi dengan pekerja daripada enam buah syarikat pembuatan kelengkapan tenaga nuklear melalui video.

Li Keqiang menegaskan bahawa keselamatan mesti diutamakan dalam membangunkan tenaga nuklear. Kerja rekaan, pengujian, pembinaan dan pengoperasian mesti dijalankan dengan mengikut standard antarabangsa yang paling tinggi untuk memastikan projek itu berkualiti tinggi dan amat selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China