Cari:
Pungutan Suara Greece Tolak Draf Perjanjian Pemiutang Antarabangsa
2015-07-06 16:53:14 CRI Cetak

Berdasarkan keputusan undian oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Greece semalam, pungutan suara terhadap draf perjanjian "Pembaharuan Untuk Mendapat Modal" oleh pemiutang antarabangsa telah berpihak kepada kumpulan penentang. Statistik menunjukkan penentang memperoleh 61.3 peratus, manakala penyokong memperoleh 38.7 peratus dengan kadar undian sebanyak 62.5 peratus.

Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras, ketika menyampaikan ucapan melalui televisyen selepas keputusan tersebut diumumkan berkata, orang Greece yang menolak pemiutang antarabangsa tidak bermakna negara itu akan berpisah dari Eropah. Kerajaan akan mengambil kira pendirian rakyat dalam rundingan kerajaan dan mencapai perjanjian hutang yang mapan dengan pihak pemiutang.

Beliau juga menyeru rakyat agar bersatu padu demi membina semula keharmonian masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China