Cari:
Manuskrip Al-Quran Tertua Ditemui
2015-07-23 15:05:03 CRI Cetak

Manuskrip al-Quran tertua yang dipercayai berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun dijumpai di Universiti Birmingham, Britain.

Dimaklumkan, manuskrip itu sebelum ini berada di perpustakaan universiti itu dan disimpan bersama-sama koleksi buku dan dokumen lain dari Asia Barat hampir satu abad. Namun, tiada pihak yang mengenal pasti jenis tulisan di atas muka suratnya.

Hasil ujian dijalankan unit radiokarbon Universiti Oxford mendapati, manuskrip yang ditulis atas kulit kambing atau biri-biri itu sebagai al-Quran tertua dan 95 peratus kulit yang digunakan tersebut berasal dari antara tahun 568 dan 645 Masihi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China