Cari:
ASEAN Kaji Plan Strategik Pelancongan Asean Selepas Penubuhan Komuniti
2015-08-13 14:04:17 CRI Cetak

Komuniti ASEAN akan ditubuhkan pada akhir tahun ini. Mesyuarat ke-4 Pembangunan Plan Strategik Pelancongan Asean (ATSP) 2016-2025 telah diadakan di pulau Bali, Indonesia pada minggu lepas. Mesyuarat ini dihadiri oleh perwakilan dari jabatan pelancongan sepuluh negara anggota ASEAN, Sekterariat ASEAN, Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNWTO), Majlis Perjalanan dan Pelancongan Dunia (WTTC), Pusat China-ASEAN, serta pertubuhan pelancongan antarabangsa yang lain.

 

Dalam tempoh mesyuarat tersebut, para peserta mengadakan perbincangan secara berasingan mengenai keadaan penggubalan plan strategik tersebut, situasi semasa pembangunan industri pelancongan di ASEAN serta hala tuju perkembangan rangka dan strategi plan strategik itu.

Para peserta mesyuarat ini berpendapat bahawa industri pelancongan ASEAN berkembang pesat dan telah menjadi komponen penting bagi ekonomi ASEAN. Oleh yang demikian, plan strategik ini memainkan peranan sebagai rujukan dan panduan dalam penggubalan dasar dan menetapkan kerja utama bagi jabatan pelancongan negara anggota ASEAN. Menurut WTTC, industri pelancongan menduduki lebih 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina dan Thailand. Menurut jangkaan UNWTO pula, negara ASEAN akan menarik kedatangan 123 juta pelancong asing menjelang tahun 2020, dan jumlah itu akan meningkat kepada 152 juta orang pada tahun 2025 dan 187 juta pada tahun 2030.

Bagi merealisasikan pembangunan lestari industri pelancongan ASEAN, peserta mesyuarat ini menyatakan bahawa negara-negara berkenaan perlu memahami dan menyelesaikan secara baik faktor-faktor yang menyekat pembangunan industri pelancongan di rantau ASEAN pada masa ini. Kini, cabaran utama yang dihadapi termasuk membina mekanisme pengagihan keuntungan industri pelancongan yang lebih rasional antara negara-negara ASEAN, mempermudah prosedur pelepasan kastam, menaik taraf pengangkutan dan infrastruktur, di samping mengurangkan kos pengangkutan.

Untuk menangani cabaran tersebut, mesyuarat itu menetapkan dua hala tuju strategi rangka plan strategik itu, iaitu membina destinasi pelancongan ASEAN yang berintegrasi, selain memastikan pembangunan lestari industri pelancongan. Selain itu, sepuluh kerja utama bagi kedua-dua strategi itu juga ditetapkan, yang merangkumi usaha menyempurnakan sistem bekalan produk pelancongan, memperluas kerjasama pelancongan sesama negara anggota ASEAN, memperdalam latihan sumber manusia, meningkatkan pelaburan dalam sektor pelancongan, kesalinghubungan dan pembinaan infrastruktur, serta permudahan pelancongan, dan memperluas rangkaian industri pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China