Cari:
PM Li Keqiang Tinjau Lokasi Kejadian Letupan dan Kebakaran Tianjin
2015-08-17 11:17:02 CRI Cetak

Setakat pagi tadi, angka kematian akibat letupan dan kebakaran gudang yang menyimpan barang berbahaya milik Syarikat Ruihai Tianjin meningkat kepada 114 orang dan 70 lagi dilaporkan hilang.

Selepas kejadian itu berlaku, Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang segera mengeluarkan arahan untuk memulakan operasi menyelamat. PM Li Keqiang yang mewakili Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Dewan Negara dan Presiden Xi Jinping ke lokasi kejadian di Tianjin untuk melawat pasukan bomba dan tentera yang terlibat dalam operasi menyelamat serta menyampaikan rasa dukacita kepada mangsa kejadian tersebut. PM turut mengemukakan langkah-langkah menyelamat, di samping menekankan usaha pemulihan dan keselamatan.

 

Menurut Li Keqiang, penduduk mahu lebih perhatian diberikan kepada kualiti udara, air dan tanah di sekitar lokasi kejadian. Pemantauan mestilah dijalankan sepanjang 24 jam dan maklumat yang tepat dan terperinci perlu disampaikan dengan segera.

Li Keqiang menegaskan bahawa kejadian tersebut telah mengakibatkan banyak orang awam terkorban dan cedera. Dewan Negara telah menubuhkan pasukan penyiasat untuk menyiasat punca kejadian dan akan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melanggar peraturan undang-undang dan cuai dalam menjalankan tugas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China