Cari:
Soo Hyun Paling Berpengaruh di China
2015-08-19 16:12:53 CRI Cetak

Kim Soo Hyun

Siapakah selebriti Korea Selatan yang paling berpengaruh di China? Pengacara program hiburan One Night of TV Entertainment yang disiarkan melalui saluran SBS berkata, satu kaji selidik tentang "Bintang Korea Berpengaruh di China" telah dijalankan. Hasil kaji selidik tersebut menunjukkan bahawa bintang Korea yang paling berpengaruh ialah Kim Soo Hyun, diikuti Kim Jong Kook dan Lee Jong Suk.

Dikatakan, Soo Hyun dan Jong Kook bersaing rapat untuk menduduki tempat pertama.

Antara kelebihan utama Soo Hyun termasuklah prog­ram Running Man mencatat keputusan lima peratus tontonannya di China, bersamaan dengan 50 peratus di Korea Selatan.

(sumber http://origin.hmetro.com.my/node/70671)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China