Cari:
China Gesa Jepun Kaji Diri Sejarah Pencerobohan Militerisme
2015-09-02 14:01:41 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam menyatakan bahawa dalam keadaan masyarakat antarabangsa memperingati Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti Fasis kini China menggesa Jepun agar menghadapi dan mengaji diri terhadap sejarah pencerobohan militerisme dengan sikap yang jujur dan murah diri.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semalam. Terdapat wartawan mengemukakan soalan bahawa Jepun mengeluarkan bantahan terhadap Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon atas beliau akan menghadiri aktiviti peringati 3 September di Beijing. Apakah pendapat China terhadap bantahan Jepun tersebut?

Hua Chunying berkata, China telah beberapa kali menegaskan bahawa matlamat kerajaan China menganjurkan aktiviti peringati pada 3 September adalah untuk mengingati sejarah, mengenang mereka yang terkorban menghargai keamanan dan menerokai masa depan.

Menurut beliau, PBB merupakan pencapaian penting kemenangan Perang Dunia Kedua. China mengalu-alukan Ban Ki-moon dan pemimpin-pemimpin pelbagai negara datang China untuk menghadiri aktiviti peringati berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China