Cari:
Selena Gomez Bintang Remaja Terkaya Hollywood
2015-09-22 14:52:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Namanya sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi, namun Selena Gomez berjaya mengekalkan popularitinya dalam persada hiburan Hollywood sehingga hari ini.

Buktinya, karier seni gadis kecil molek ini menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan, sama ada dari segi lakonan mahupun nyanyian.

Tidak cukup dengan itu, dalam usianya yang baru sahaja menginjak 23 tahun, Gomez turut dilantik menjadi duta jenama syampu terkenal, Pantene dan dikhabarkan telah menerima bayaran sebanyak USD 3 juta (RM11.2 juta) setahun.

Dengan bayaran tersebut, Gomez kini dilaporkan memiliki harta yang dianggarkan bernilai hampir USD 20 juta (RM74.8 juta) sekali gus menjadikannya sebagai salah seorang bintang remaja terkaya di Hollywood.

Sehingga hari ini, Gomez telah memiliki lima album termasuk A Year Without Rain (2010), When The Sun Goes Down (2011), Stars Dance (2013) dan terbaharu, Revival yang bakal dipasarkan pada 9 Oktober ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China