Cari:
Liu Yunshan Bertemu Kim Jong-un, Sampaikan Surat Xi Jinping
2015-10-10 15:32:21 CRI Cetak

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Liu Yunshan bertemu dengan Setiausaha Pertama Parti Rodong Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong-un di Pyongyang malam tadi.

Liu menyampaikan surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping kepada Kim.

Xi dalam surat itu berkata, hubungan persahabatan tradisional antara China dengan DPRK dijalinkan dan dipupuk oleh pemimpin generasi dahulu kedua-dua negara. Ini merupakan harta karun kedua-dua negara ini. Parti dan kerajaan China amat mementingkan hubungan dengan DPRK dan bersedia memperkukuh mempererat hubungan itu. China bersedia merapatkan komunikasi dan menggiatkan kerjasama dengan DPRK supaya menggalakkan hubungan kedua-dua negara berkembang maju.

Kim Jong-un pula mengucapkan terima kasih atas surat yang ditandatangani oleh Xi tersebut. Menurutnya, PKC menghantar delegasi untuk melawat DPRK sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Parti Rodong. Ini memperlihatkan hubungan persahabatan yang rapat antara kedua-dua negara.

Lihat juga
berita lain
v Pembolos DPRK Maut 2015-01-08 12:44:16
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China