Cari:
Bashar Kunjungi Moscow, AS dalam Kebimbangan
2015-10-22 14:41:01 CRI Cetak

Presiden Syria, Bashar al-Assad membuat lawatan mengejut ke Moscow, Selasa lalu, sebagai tanda terima kasih kepada rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin yang membantu melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria sejak bulan lalu.

Inilah lawatan pertama Presiden Syria itu ke luar negara sejak konflik tercetus di negara berkenaan pada 2011.

Jurucakap Kremlin, Dmitri Peskov berkata, kedua-dua pemimpin tersebut melakukan rundingan tertutup selama tiga jam berhubung situasi semasa Syria, operasi memerangi kumpulan militan radikal dan lain-lain. Putin berjanji akan terus menyokong tentera Syria, dan pada masa yang sama menggesa penyelesaian melalui saluran politik yang membabitkan semua kumpulan bertelagah bagi menamatkan peperangan. Bashar yang kali terakhir melawat ke Russia pada 2008 turut mengucapkan terima kasih kepada Putin kerana serangan udara Russia yang bermula pada 30 September lalu membantu menghentikan peluasan aktiviti pengganas di Syria. Mereka juga bersetuju operasi ketenteraan berkenaan mesti diikuti dengan langkah-langkah politik.

Berita mengenai lawatan Bashar itu diumumkan Kremlin selepas pemimpin tersebut kembali ke Syria. Justeru itu, White House melemparkan kritikan keras terhadap perbuatan Moscow mengundang Presiden Syria itu melawat ke Rusia demi konflik di negara Asia Barat itu. Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), John Kirby dalam sidang media semalam meluahkan kebimbangan Pentagon terhadap sokongan padu dan sinergi Moscow terhadap pemerintahan Bashar. Katanya, pendekatan ketenteraan mustahil berguna bagi menamatkan perang saudara di Syria. Sebarang percubaan berkenaan tidak akan memperkukuh kuasa Bashar, sebaliknya akan menjadikan negara itu tetap berada di kancah perang saudara serta menghadapi kegiatan pengganas yang berleluasa. Pada pendapat White House, strategi Rusia mengenai penyelesaian konflik di Syria sebenarnya tidak sejajar dengan sasaran yang diinginkan AS. Campur tangan Rusia tersebut hanya akan memburukkan lagi situasi di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China