Cari:
BOC Jadi Bank Penjelasan China Pertama di London
2015-10-23 14:50:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bank China (BOC) menandatangani perjanjian kerjasama dengan LCH.Clearnet di London pada 22 Oktober waktu tempatan. BOC menjadi bank penjelasan China yang pertama bagi LCH.Clearnet .

Menurut BOC, selepas sistem diuji, bank itu akan menyediakan perkhidmatan penjelasan untuk dagangan yang pelbagai kategori dalam 18 jenis mata wang asing di Britain dan AS kepada para ahli bersekutu LCH.Clearnet. Ini menandakan kemajuan penting agensi kewangan China dalam sektor penjelasan produk derivatif kewangan antarabangsa dan perkhidmatan pembayaran perdagangan renminbi (RMB).

Ketua Pegawai Ekusekutif LCH.Clearnet, Martin Pluves berkata, kerjasama dengan BOC menambah pilihan bank penjelasan bagi para ahli bersekutu LCH.Clearnet.

Pada 20 Oktober lalu, BOC menubuhkan pusat urus niaga di London.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China