Cari:
Menteri Luar China Ditemui Aquino
2015-11-11 14:23:35 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui Presiden Filipina, Benigno Aquino III di Manila semalam.

Wang berkata, Presiden Xi Jinping telah menerima undangan untuk menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 yang akan diadakan di Filipina. Hal ini memperlihatkan keprihatinan dan sokongan China terhadap mesyuarat tersebut.

Aquino menyatakan bahawa beliau amat menanti-nantikan kehadiran Presiden Xi pada mesyuarat APEC.

Menurut beliau, mesyuarat kali ini akan berfokus pada kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik tanpa melibatkan sebarang isu yang menimbulkan kontroversi.

Menyentuh hubungan dua hala, Wang berkata, sebagai jiran, China dan Filipina patut hidup bersama secara harmoni dan membangun bersama-sama.

China amat mementingkan hubungan dengan Filipina, dan bersedia untuk menangani semua isu yang menjejaskan hubungan dua hala melalui dialog dan perundingan.

Aqiuno pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan komunikasi yang terbuka dan jujur demi mencari formula yang boleh diterima bersama bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China