Cari:
Pesawat Buatan China ARJ21 Mula Beroperasi
2015-11-29 16:26:30 CRI Cetak

Selepas pesawat penumpang besar buatan China pertama, C919, dipertontonkan kepada khalayak ramai di Shanghai pada awal bulan ini, satu lagi kejayaan cemerlang dalam industri penerbangan terserlah pada peristiwa pemindahan pesawat komersial ARJ21 dari Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) di Shanghai kepada Chengdu Airlines Co.,LTD, hari ini.

Pesawat ARJ21 yang memiliki 90 tempat duduk tersebut merupakan jet jarak pendek dan sederhana yang bertenaga turbokipas yang dibangunkan oleh China sendiri. Pada fasa pertama, pesawat itu akan beroperasi di laluan-laluan yang melibatkan Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan dan Xi'an.

Menurut COMAC, setelah jet ARJ21 berkenaan berjaya melakukan uji terbang pertama pada 28 November 2008, terdapat lima buah lagi dibangunkan untuk ujian terbang dengan waktu penerbangan kumulatif mencatat 5,258 jam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China