Cari:
Xi Jinping Ditemui Francois Hollande
2015-11-30 11:40:52 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping ditemui Presiden Perancis, Francois Hollande, di Paris semalam.

Xi berkata, lawatan Presiden Hollande ke China pada awal bulan ini amat berjaya. China dan Perancis telah mengeluarkan kenyataan bersama pemimpin kedua-dua negara tentang perubahan iklim dan mencapai pelbagai kata sepakat tentang perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Beliau berkata, kedua-dua pihak perlu mengekalkan dialog politik peringkat tinggi, melaksanakan projek kerjasama dan perjanjian yang penting, meningkatkan interaksi dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kebudayaan, sains dan teknologi, pendidikan, pelancongan dan lain-lain serta memperkukuh asas hubungan dalam kalangan rakyat.

Hollande dalam pertemuan itu berkata, Perancis menyokong China sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada tahun depan dan bersedia untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan dengan China dalam isu antarabangsa dan serantau yang penting.

Xi Jinping turut menyanjung tinggi persiapan Perancis pada Persidangan Pihak-pihak Pemateri ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC).

Tambah beliau lagi, China menyokong UNFCCC dan berharap agar satu perjanjian yang diterima oleh semua pihak yang terlibat dapat dicapai.

China juga berharap agar perjanjian Paris akan mematuhi prinsip dan peraturan konvensyen perubahan iklim PBB, terutamanya prinsip "sama-sama memikul tanggungjawab yang berbeza".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China