Cari:
Filem 'Batman v Superman' Lebih Mengujakan dengan Trailer Kedua
2015-12-07 11:44:04 CRI Cetak

Filem Batman v Superman: Dawn of Justice yang akan ditayangkan pada Mac tahun depan dihangatkan lagi dengan trailer filem kedua.

Trailer sepanjang tiga minit itu menunjukkan pertembungan Bruce Wayne yang memainkan peranan sebagai Batman dengan Clark Kent iaitu Superman.

Batman dikatakan menggunakan peluru yang dibuat daripada kryptonite ketika cuba menewaskan Superman dalam satu pertembungan.

Lebih mengejutkan para peminat, trailer terbaru itu turut mendedahkan watak penjahat baharu, Doomsday yang sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran penonton.

Di penghujung trailer ini juga peminat dapat menyaksikan gabungan mantap Batman, Superman dan Wonder Woman menentang watak antagonis.

Kesan khas imej janaan komputer (CGI) yang digunakan dalam trailer juga dipuji netizen kerana impaknya yang cukup realistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China