Cari:
Pencipta Star Wars, George Lucas, Suka Versi JJ Abrams
2015-12-08 13:10:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jika ada satu pendapat yang ingin didengari sebelum para peminat berpusu-pusu ke pawagam untuk menonton Star Wars: The Force Awakens, sudah tentu pendapat itu milik George Lucas yang bertanggungjawab memulakan francais filem dengan kutipan tertinggi di dunia itu pada tahun 1977.

Menurut The Hollywood Reporter, Lucas dikatakan telah menonton filem terbaharu garapan JJ Abrams dan 'menyukainya'.

Lucas kini menyertai kumpulan individu elit yang sudah menonton versi lengkap Star Wars: The Force Awakes; termasuklah Harrison Ford, Steven Spielberg, dan beberapa orang eksekutif tertinggi Disney.

Star Wars: The Force Awakens menyaksikan J.J. Abrams mengarahkan lakon layar karyanya sendiri bersama Lawrence Kasdan. Filem ini dilakonkan bintang asal Ford, Carrie Fisher, Mark Hamill serta pendatang baru John Boyega, Daisy Ridley, dan Adam Drivers.

Filem ini akan menemui peminat di Malaysia tahun ini pada 17 Disember.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China