Cari:
Xi Jinping Cadangkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Masa Depan dalam Ruang Siber
2015-12-16 15:29:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Persidangan Internet Dunia ke-2 dirasmikan di Wuzhen, provinsi Zhejiang, China hari ini. Presiden China, Xi Jinping semasa berucap merasmikan persidangan ini telah mengemukakan lima cadangan untuk bersama-sama membentuk dan membina komuniti berkongsi masa depan dalam ruang siber.

Cadangan Presiden Xi tersebut meliputi mempercepat pembinaan infrastruktur siber global bagi mengintensifkan kesalinghubungan, membina platform dalam talian bagi meningkatkan pertukaran kebudayan dan saling mempelajari, menggalakkan inovasi dan pembangunan ekonomi siber demi kemakmuran bersama, menjamin keselamatan siber demi pembangunan secara teratur dan membina sistem tadbir urus rangkaian Internet bagi menggalakkan keadilan dan kesaksamaan.

Seramai lebih 2,000 orang peserta daripada lebih 120 buah negara dari lima benua turut menghadiri persidangan kali ini yang bertemakan "Kesalinghubungan, berkongsi dan bersama-sama mentadbir urus bagi membina komuniti berkongsi masa depan dalam ruang siber".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China