Cari:
Wayang Kulit Star Wars Temui Peminat di Malaysia
2015-12-18 15:34:54 CRI Cetak

Saga Star Wars kembali menghangatkan hiburan dunia ketika ini dengan penayangan judul terbaharu, The Force Awakens, yang juga episod ketujuh dalam siri filem popular itu.

Di Malaysia, filem arahan JJ Abrams yang kembali menyaksikan penampilan bintang asalnya, Harrison Ford, Mark Hamill dan Carrie Fisher itu mula ditayangkan di seluruh negara pada 17 Disember.

Cereka sains berkenaan bukan saja meninggalkan pengaruh besar kepada peminat siri filem terbabit, malah memberikan ilham unik buat pereka dan pengarah seni, Tintoy Chuo, 43, dalam menggarap elemen seni tradisional tempatan, wayang kulit dengan Star Wars.

Hasil karyanya kini dipamerkan di pusat beli-belah One Utama.

Idea kreatif menggabungkan elemen tradisional dan fiksyen sains adalah langkah bijak beliau bagi memastikan warisan budaya turun-temurun tidak lapuk ditelan zaman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China