Cari:
Jawatankuasa Penasihat Peringkat Tinggi WIC Ditubuhkan
2015-12-18 13:59:17 CRI Cetak

Jawatankuasa Penasihat Peringkat Tinggi Sekretariat Penganjuran Persidangan Internet Dunia (WIC) ditubuhkan secara rasmi pada 16 Disember lalu dan mesyuarat jawatankuasa itu telah diadakan buat pertama kali dengan meluluskan resolusi dan jawatan pengerusi bersama disandang oleh Jack Ma, pengasas syarikat perniagaan laman web Alibaba China dan Fadi Chehade, presiden dan CEO bagi ICANN.

Menurut maklumat, jawatankuasa penasihat itu ditubuhkan bertujuan untuk mengundang syarikat gergasi Internet dari dalam dan luar China untuk mengemukakan cadangan kepada pihak penganjur WIC dan pembangun Internet di China. Tugas utama jawatankuasa penasihat itu antaranya termasuklah mengumpulkan pendapat dan cadangan pelbagai pihak mengenai WIC serta berperanan sebagai konsultan kepada sekretariat jawatankuasa penganjuran WIC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China