Cari:
China Bersedia Memperkasa Kerjasama dengan PBB
2015-12-19 15:06:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China bersedia terus memperkasa kerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon sempena menghadiri mesyuarat menteri luar ke-3 Kumpulan Sokongan Syria Antarabangsa(ISSG)yang diadakan di New York AS semalam.

Wang berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 tertubuhnya PBB dan Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia. Pada masa yang istimewa ini, umat manusia telah mencapai siri kemajuan dan hasil yang penting dalam kerjaya kedamaian dan pembangunan dengan usaha pelbagai pihak. Pihak China telah memenuhi tanggungjawab dan memainkan peranan sendiri dalam usaha tersebut. China melahirkan penghargaan atas usaha proaktif dan sumbangan penting yang diberikan oleh PBB dan Setiausaha Agung.

Ban Ki Moon berkata, usaha diplomatik multilateral PBB baik dalam isu perubahan iklim dan pembangunan lestari, mahupun isu nuklear Iran telah mencapai kemajuan yang positif pada tahun ini. China memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. PBB mengucapkan terima kasih atas sumbangan China dalam proses penyelesaian isu Syria melalui saluran politik. Beliau berharap China terus memainkan peranan penting dalam penyelesaian isu-isu yang menjadi tumpuan serantau pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China