Cari:
Abe Minta Maaf kepada Hamba Seks Korea Selatan
2015-12-29 13:38:45 CRI Cetak

Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se dan Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida mengadakan rundingan tentang isu hamba seks di Seoul semalam dan mencapai persepakatan. Yun Byung-se menyatakan, sekiranya pihak Jepun dapat benar-benar menunaikan komitmen, maka Korea Selatan akan memastikan isu ini dimuktamadkan.

Fumio Kishida dalam sidang akhbar selepas rundingan itu mengaku kerajaan Jepun mempunyai tanggungjawab atas isu hamba seks. Perdana Menteri, Shinzo Abu meminta maaf kepada mangsa di Korea Selatan.

Selain itu, Korea Selatan akan menubuhkan tabung bantuan mangsa hamba seks dan Jepun berjanji akan memberikan dana sebanyak 1 bilion yen (RM 35.67 juta) untuk tabung itu.

Media Korea Selatan mengulas bahawa ini pertama kali Jepun mengaku bertanggungjawab dalam isu hamba seks. Namun negara itu tidak menjelaskan tanggungjawab itu dari segi undang-undang atau moral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China