Cari:
Blatter Kemukakan Rayuan
2016-01-11 16:42:49 CRI Cetak

Pengerusi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA), Joseph S. Blatter semalam mengumumkan bahawa peguamnya akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan yang dibuat Jawatankuasa Etika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa terhadapnya.

FIFA telah mengumumkan penggantungan terhadap Blatter dan Naib Pengerusi FIFA, Michel Platini daripada semua aktiviti bola sepak selama lapan tahun pada Disember lalu.

Blatter didakwa telah menyalahgunakan kuasanya.

Sebelum ini, peguam Michel Platini telah mengemukakan rayuan terhadap penggantungan tersebut.

Sekiranya rayuan mereka ditolak, mereka akan mengemukakan rayuan kepada tribunal sukan antarabangsa pula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China