Cari:
Mangsa Letupan Istanbul Disahkan Warga Asing
2016-01-13 14:35:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mangsa yang maut dalam kejadian letupan di dataran bersejarah Sultanahmet, Istanbul, Turki pada 12 Januari lalu disahkan warga asing. Perdana Menteri Turki, Ahmad Davutoglu berkata demikian semalam.

Menurut Davutoglu, negaranya telah mengenal pasti penyerang kejadian kali ini yang merupakan seorang anggota kumpulan militan Negara Islam(IS).

Beliau juga menyampaikan ucapan takziah menerusi telefon kepada rakan sejawatnya dari Jerman, Angela Merkel kerana kebanyakan mangsa yang terkorban dalam letupan tersebut adalah warga Jerman.

Pada hari yang sama, Merkel turut mengutuk serangan letupan tersebut dan menyatakan bahawa pengganas adalah musuh utama umat manusia.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon dalam kenyataannya turut mengecam kejadian letupan yang berlaku di Istanbul. Beliau berharap agar pengganas yang mencetuskan kejadian ini segera dijatuhkan hukuman yang setimpal. Ban turut menyampaikan rasa simpati kepada anggota keluarga mangsa serta rakyat dan kerajaan Turki dan Jerman.

Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala 15 orang cedera dalam kejadian letupan di kawasan tarikan pelancongan utama di Turki pada pagi 12 Januari lalu. Sekurang-kurangnya lapan orang daripada mangsa yang maut dikenal pasti sebagai warga Jerman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China