Cari:
China Komited Pelihara Kedamaian di Laut China Selatan
2016-01-14 14:21:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Akhbar Kompas Indonesia kelmarin menyiarkan rencana Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu yang bertajuk "China Komited Pelihara Kedamaian dan Kestabilan di Laut China Selatan demi Situasi Menang-Menang".

Baru-baru ini, terdapat sarjana Indonesia yang mendakwa China melakukan "penjajahan laut" di Asia. Xu dalam rencananya menyangkal dakwaan tersebut. Kata beliau, rakyat China dan Asia Tenggara yang pernah mengalami kesengsaraan akibat penjajahan, amat menghargai kemerdekaan dan kedamaian. China sentiasa menentang penjajahan dan hegemoni dalam hubungan antarabangsa serta komited mempertahankan order dan kedamaian dunia pasca Perang Dunia II. Dasar China tentang Laut China Selatan juga selaras dengan prinsip tersebut. China mengekalkan pendirian untuk menyelesaikan perselisihan berkenaan melalui rundingan.

Dalam tempoh lebih setahun lalu, China telah menjalankan projek pembinaan di Kepulauan Nansha, yang merupakan wilayah China. Hakikatnya, sesetengah negara terus-menerus menjalankan projek secara haram di kawasan perairan tersebut.

Projek China tersebut adalah untuk kegunaan awam. Kemudahan berkenaan akan memberi sokongan kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut serta menjadi pangkalan bagi pengajian saintifik dan kerjasama perlindungan alam sekitar marin. Projek tersebut tidak menyasarkan mana-mana negara, tidak menjejaskan kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan, serta tidak merosakkan ekologi marin.

Pada 600 tahun lalu, Laksamana Cheng Ho mengetuai armada China belayar melalui Laut China Selatan ke Asia Tenggara dan Lautan Hindi untuk menjalankan pertukaran muhibah dan perdagangan yang saksama dengan rakyat setempat. Kini, 40% perdagangan komoditi dan 80% sumber tenaga yang diimport China perlu melalui kawasan perairan tersebut. China yang mendapat manfaat daripada kebebasan dan keselamatan pelayaran di Laut China Selatan, akan menjadi pembela teguh prinsip tersebut. Dengan usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, laluan pelayaran antarabangsa di Laut China Selatan lancar dan kerjasama perdagangan rancak, yang turut menguntungkan semua.

Xu yakin bahawa kerjasama antara China dengan Indonesia akan menyuntik semangat yang penting untuk penyelesaian secara baik isu Laut China Selatan. Dengan usaha bersama negara-negara serantau, impian untuk membangunkan Laut China Selatan sebagai laut yang dilimpahi kedamaian, persahabatan dan kemakmuran pasti dapat direalisasikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China