Cari:
China, Penjana Utama Ekonomi Dunia
2016-01-22 11:50:21 CRI Cetak

China berkeyakinan dan berkemampuan untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang mampan, merealisasikan konsep perkembangan yang berorientasikan inovatif, koordinasi, mesra alam, terbuka dan berkongsi, mengoptimumkan transformasi ekonomi dan mengutamakan kualiti serta kecekapan pertumbuhan.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden China, Li Yuanchao ketika berucap dalam mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2016 di Davos, Switzerland, semalam.

Beliau berkata, biarpun situasi ekonomi global kini berada pada fasa kritikal, namun China masih mengambil inisiatif untuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan ekonomi normal baharu, di samping mengekalkan ekonomi semasa pada julat yang munasabah.

Kuasa terbesar di Asia ini terus menjadi penjana utama bagi pertumbuhan ekonomi dunia pada masa hadapan, berikutan prestasi ekonomi negara ini yang kekal baik pada tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China