Cari:
Percanggahan Pendapat Tangguh Rundingan Syria
2016-02-05 14:10:33 Harian Renmin Ribao Cetak
Utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Staffan de Mistura mengadakan pertemuan selama beberapa jam dengan delegasi kumpulan pembangkang Syria di Geneva, Switzerland pada 3 Feburari lalu. Dalam sidang media yang diadakan pada malam itu, Mistura mengumumkan bahawa rundingan damai Syria pusingan baharu ditangguhkan buat sementara waktu, dan dijadualkan dimulakan semula pada 25 Februari depan. Berhubung dengan hal ini, penganalisis berpendapat, rundingan damai sukar untuk mencapai hasil yang konkrit dalam jangka pendek susulan kebuntuan situasi di Syria pada masa ini.

Mistura berkata, belum ada kemajuan yang dicapai berkaitan penambahbaikan keadaan kemanusiaan. Beliau turut menegaskan bahawa penangguhan rundingan damai bukanlah menandakan "kegagalan" kerana kedua-dua pihak masih berhasrat isu Syria dapat diselesaikan melalui saluran politik. Kumpulan Penyokong Antarabangsa Syria (ISSG) akan digesa menjalankan kerja berkenaan dengan secepat mungkin dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diminta mengadakan mesyuarat untuk menciptakan syarat yang baik agar rundingan damai dapat dimulakan semula pada 25 Februari seperti yang dijadualkan.

Percanggahan pendapat yang ketara antara kerajaan dan parti pembangkang Syria merupakan punca utama rundingan kali ini ditangguhkan.

Ketua delegasi kerajaan Syria merangkap Wakil Tetap Syria ke PBB, Bashar Jaafari dalam sidang media tersebut berkata, jawatankuasa rundingan peringkat tinggi parti pembangkang bersikap tidak serius terhadap rundingan kali ini dan tidak bersikap tegas untuk mengadakan "rundingan secara tidak langsung" dengan delegasi kerajaan.

Manakala, ketua penyelaras jawatankuasa kumpulan pembangkang tersebut, Riyad Farid Hijab berkata, rejim yang memerintah Syria sekarang patut bertanggungjawab atas kegagalan rundingan damai itu, terutamanya tentera kerajaan yang terus mengebom kubu militan pembangkang dengan bantuan tentera udara Rusia ketika berlangsungnya rundingan damai tersebut.

Penangguhan rundingan damai kali ini adalah berikutan beberapa penyebab. Pertama, ketiadaan tokoh berwibawa dalam puak-puak pembangkang menyukarkan mereka untuk menyatukan suara dan membentuk pakatan. Kedua, kerajaan Syria terus mencapai kemajuan dalam perang Syria. Menurut agensi berita rasmi Syria, tentera kerajaan baru-baru ini telah menawan semula Nubul dan Zahra di Aleppo. Media menganalisis bahawa situasi pertempuran seperti ini menjadikan kerajaan Syria tidak tergesa-gesa untuk mengadakan rundingan dengan parti pembangkang, namun terpaksa menunjukkan sikap bersedia untuk berunding atas tekanan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China