Cari:
China Bukan Punca Kemerosotan Ekonomi Dunia
2016-02-05 14:40:49 CRI Cetak

Selepas kadar pertumbuhan ekonomi China yang mencatat 6.9% pada tahun 2015 diumumkan, hal mengenai pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan dan situasi ekonomi global menjadi topik hangat media. Sehubungan dengan hal itu, Dekan Sekolah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Profesor Bernard Yeung menganggap bahawa China tidak sepatutnya dipersalahkan atas kemerosotan ekonomi dunia.

Profesor Yeung menyatakan bahawa terdapat pelbagai punca kemerosotan ekonomi dunia sekarang. Meskipun benar salah satu daripadanya adalah kelembapan ekonomi China, namun tidak wajarlah dikatakan faktor tersebut satu-satunya punca ekonomi dunia merosot.

Kata beliau, negara-negara yang bergantung pada pengeksportan bahan mentah menganggap bahawa kelembapan ekonomi China mengakibatkan kekurangan permintaan sehingga menjejaskan pengeksportan mereka. Pandangan sebegitu memperlihatkan bahawa isu China benar-benar dibesar-besarkan. Menurut Yeung, sebagai contoh, adakah penurunan harga minyak mentah antarabangsa disebabkan China, ataupun pertambahan pengeluaran minyak mentah atau langkah-langkah berkenaan negara pembekal minyak? Maka, beliau menganggap bahawa mendakwa China adalah punca kemerosotan ekonomi dunia tidak betul.

Profesor Yeung juga menganggap bahawa isu-isu yang mengakibatkan kemerosotan ekonomi dunia termasuk kemerosotan ekonomi negara Barat yang maju, pembekalan minyak mentah bertambah dan keadaan tidak menentu yang diakibatkannya, hingga mencetuskan kebimbangan. Namun, ini keadaan keseluruhan ekonomi dunia, dan bukanlah hanya disebabkan oleh China.

Beliau menyatakan bahawa seiring dengan China menggalakkan pengubahsuaian ekonomi dan industri, masyarakat antarabangsa perlu mentafsirkan dasar dan langkah China berkenaan dengan lebih baik. Menyentuh ekonomi China yang bergerak lebih perlahan, beliau mengatakan bahawa pada fasa pembangunan ekonomi sekarang, China tidak perlu semata-mata mengejar angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi. Kini, China mengambil langkah-langkah tepat yang berfaedah kepada pembangunan ekonomi pada masa depan, termasuk menggalakkan transformasi ekonomi, penaiktarafan industri dan pembentukan masyarakat pengguna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China