Cari:
China Kesal DPRK Lancarkan Satelit
2016-02-07 14:39:56 CRI Cetak

China berasa kesal atas tindakan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang melancarkan satelit dengan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik tanpa menghiraukan bantahan masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian ketika mengulas tentang tindakan DPRK melancarkan satelit hari ini.

Beliau menyatakan DPRK patut mempunyai hak menggunakan ruang angkasa secara damai, namun hak ini masih tersekat oleh resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Hua berkata, China menggesa pelbagai pihak terbabit bersabar dan bertenang, jangan mengambil tindakan yang memburukkan situasi di Semenanjung Korea supaya memelihara keamanan dan kestabilan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China