Cari:
"Angpau Menerusi Telefon Bimbit" Rancakkan Ekonomi Sosial China
2016-02-09 15:20:38 CRI Cetak

(pengguna memberikan angpau menerusi Wechat)

Platform e-dagang China, seperti Wechat dan Alipay telah mengumumkan statistik "angpau menerusi telefon bimbit" pada malam Tahun Baharu Cina (TBC) semalam.

Angpau yang diberikan dan diterima menerusi transaksi Wechat mencatat 8.08 bilion kali dalam tempoh 24 jam, meningkat 505 kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu. Manakala, jumlah "merebut angpau" melalui Alipay meningkat 30 kali ganda berbanding dengan transaksi tahun lalu.

(pengguna mengumpulkan lima buah perkataan "bertuah" bagi mendapat angpau Alipay )

Peningkatkan drastik "angpau menerusi telefon bimbit" menjadikan sosial sebagai sektor penggunaan yang baharu di negara China.

Permainan interaktif angpau telah diperkenalkan oleh Wechat sempena Tahun Baharu Cina 2014. Jumlah interaksi pada malam Tahun Baharu Cina 2014 mencecah 16 juta kali. Angka tersebut mencatat 1.01 bilion kali pada 2015 dan 8.08 bilion kali pada tahun ini.

Menurut statistik yang diumumkan Alipay, semasa acara siaran langsung Persembahan TBC yang disiarkan Televisyen Pusat China (CCTV), jumlah yang terlibat dalam "merebut angpau" melalui Alipay mencatat 324.5 bilion kali, malah mencecah 21 bilion kali seminit pada waktu puncak.

Oleh itu, ekonomi sosial dianggap telah menjadi ekonomi baharu yang berpotensi bagi merancakkan e-dagang dan perbankan Internet.

Sempena TBC 2016, dengan diterajui oleh Alipay, Unionpay dan Tenpay, inovasi terus dijalankan dalam "perang" angpau dan kaedah pembayaran menerusi telefon bimbit.

Ma Tao, pakar penyelidikan pembayaran pihak ketiga berkata, inovasi seumpama itu bukan sahaja memberikan manfaat kepada pengguna, malah membawa peluang pembangunan kepada platform e-dagang dan sektor perniagaan. Lebih banyak pengguna, pengeluar dan syarikat telekomunikasi telefon pintar serta institusi perbankan dijangka akan terlibat dalam sektor terbabit.

Penganalisis Bahagian Kewangan Elektronik, Pusat Penyelidikan Perdagangan Elektronik China, Chen Li berpendapat bahawa kesan budaya "perang angpau" adalah untuk membimbing amalan belanja pengguna China secara dalam talian atau luar talian. Hal ini akan membawa perubahan kepada sektor pembayaran dan kewangan dalam jangka masa panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China