Cari:
Rusia Berkas Suspek Pengganas dari Asia Tengah
2016-05-05 16:59:04 CRI Cetak
Agensi perisikan Rusia, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) semalam memberkas sekumpulan individu dari Asia Tengah dan mendakwa mereka berkomplot untuk melakukan serangan pengganas sempena Hari Kemenangan 9 Mei.

Menurut agensi berita Rusia (RIA), kumpulan itu dijadualkan melancarkan siri serangan di beberapa kawasan di Moscow setelah dihasut oleh pemimpin kumpulan pengganas di Syria dan Turki.

Dalam operasi memberkas kumpulan tersebut, FSB turut merampas sejumlah besar senjata, bahan letupan dan peralatan lain yang boleh digunakan dalam serangan pengganas.

Suspek berkenaan telah mengaku terlibat dalam kegiatan jenayah tersebut. Walau bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.

Oleh sebab masih dalam siasatan, kewarganegaraan mereka masih belum diumumkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China