Cari:
Justin Bieber Cetus Kemarahan
2016-05-05 14:03:21 CRI Cetak

Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber, mengundang kemarahan sebuah pertubuhan hak asasi haiwan Amerika Syarikat apabila memuat naik gambar dengan seekor harimau Bengal menerusi akaun Instagram miliknya.

Dilaporkan, pada ketika itu, Bieber yang menghadiri majlis pertunangan bapanya, Jeremy, di Toronto, Kanada, telah bergambar sambil mengusap kepala harimau berkenaan.

Menurut Pertubuhan Rakyat bagi Layanan Beretika terhadap Haiwan (PETA), harimau tersebut dibawa ke majlis berkenaan oleh Michael Hackenberger, seorang jurulatih dari Zoo Bowmanville, yang dipercayai pernah memukul seekor binatang.

PETA berkata, Bieber bergambar dengan seekor harimau yang melalui kehidupan penuh sengsara.

(sumber Utusan Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China