Cari:
Kemajuan Terkini Rundingan RCEP
2016-05-05 14:24:08 CRI Cetak

Sebagai rundingan berskala paling besar mengenai perjanjian perdagangan bebas di rantau Asia pada masa kini, rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah mencapai kemajuan baru-baru ini. Dalam rundingan pusingan ke-12 RCEP yang diadakan di Perth Australia pada hujung April lalu, para peserta komited kepada penurunan lagi tarif import-eksport serta pindaan terhadap fasal-fasal yang melibatkan pengeksportan perkhidmatan dan pelaburan.

Rundingan RCEP anjuran 10 buah negara ASEAN mengundang penyertaan China, Jepun, Republik Korea, Australia, New Zealand dan India dengan bertujuan mencapai perjanjian perdagangan bebas serantau yang moden, komprehensif, bermutu tinggi dan saling menguntungkan, menaiktarafkan kerjasama rantau Asia Timur bagi menurun tarif tradisional, membatalkan sekatan bukan bentuk tarif termasuk standard keselamatan, piawaian dan prosedur pelepasan kastam. Selain itu, RCEP juga melibatkan usaha bersama mengatasi cabaran dalam bidang perlindungan alam sekitar, hak harta intelek, perlindungan hak dan kepentingan buruh dan keselamatan siber. Pada bulan November tahun lalu, kenyataan bersama yang dikeluarkan bersama-sama oleh pemimpin negara-negara berkenaan menunjukkan bahawa RCEP amat bermakna bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di rantau ini dan menggalakkan pembangunan ekonomi. RCEP merupakan laluan penting bagi mewujudkan integrasi ekonomi rantau ini, dan membantu untuk menggalakkan pembangunan ekonomi secara adil di samping mengeratkan hubungan ekonomi antara pelbagai negara.

Menurut unjuran pakar, jika RCEP berjaya ditandatangani, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di rantau Asia-Pasifik akan meningkat 2.1%, manakala KDNK dunia meningkat 1.4% hanya kerana pembatalan tarif dan sekatan bukan bentuk tarif.

China sentiasa menganggap dan menegaskan berulang kali bahawa semua perjanjian perdagangan bebas di rantau Asia-Pasifik, baik sudah diselesaikan mahupun sedang dalam rundingan, termasuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP), perlu menjadi laluan penting bagi menggalakkan kebebasan dan kemudahan pelaburan dan perdagangan rantau Asia-Pasifik, mewujudkan integrasi serantau dan memacu pembangunan ekonomi dan memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi dunia. China mengambil sikap terbuka kepada semua usaha pembentukan sistem yang menepati peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan membantu menggalakkan integrasi ekonomi rantau Asia-Pasifik. China berharap TPP dan RCEP dapat saling menggalakkan demi memberikan sumbangan kepada pembangunan pelaburan perdagangan dan ekonomi rantau Asia-Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China