Cari:
AS Digesa Hentikan Campur Tangan dalam Urusan Dalaman China
2016-05-05 17:31:32 CRI Cetak

China menggesa AS berhenti mengeksploitasi isu agama untuk campur tangan dalam urusan dalaman China.

Gesaan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei dalam sidang media hari ini ketika ditanya tentang laporan tahunan Suruhanjaya Amerika Syarikat (AS) bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa (USCIRF), yang terus menyenaraikan China sebagai "negara yang perlu diberikan perhatian khusus".

Menurut beliau, AS mengeluarkan laporan seumpama itu saban tahun tanpa menghiraukan kebenaran.

Negara itu memutarbelitkan fakta dan mengkritik dasar dan status agama di China.

China menentang sekeras-kerasnya dan mengemukakan bantahan terhadap AS.

Kerajaan China menghormati dan melindungi kebebasan beragama rakyatnya di sisi undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China