Cari:
Joong Ki Akui Kelemahan Ucap Inggeris
2016-05-12 17:08:47 CRI Cetak

Walaupun drama bersiri Descendants Of The Sun sekadar ditayangkan di TV, namun kegilaan penonton terhadap karya dari Korea Selatan itu menjangkaui seluruh dunia.

Drama yang mengisahkan percintaan antara seorang tentera dengan doktor itu berjaya melonjakkan populariti pelakon utamanya, Song Joong Ki.

Oleh sebab namanya turut dikenali di seluruh dunia, Joong Ki dijadualkan menjelajah ke sembilan negara bagi bertemu dengan peminat drama itu.

Sepanjang pertemuan dengan peminatnya di Thailand baru-baru ini, Joong Ki mendedahkan cabaran yang harus dihadapi adalah apabila dia terpaksa mengutarakan dialog dalam bahasa Inggeris.

Katanya, pihak penerbit Descendants Of The Sun menyasarkan drama itu dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Mereka mahu penonton yang berada di luar Korea Selatan dan China memahami beberapa dialog. Jadi, bertutur dalam bahasa Inggeris memang mengujinya.

(sumber Harian Metro)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China