Cari:
Putin Mahu EU Batal Sekatan ke atas Rusia
2016-05-30 14:47:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Rusia, Vladimir mengakhiri lawatan rasmi selama dua hari ke Greece pada 28 Mei lalu. Greece merupakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pertama yang dilawat oleh Putin pada tahun ini. Lawatan Putin ini mendapat perhatian masyarakat antarabangsa berikutan trend baharu tercetus dalam EU berhubung dengan isu sekatan ke atas Rusia. Penganalisis berpendapat, Rusia mengintensifkan usaha diplomatik dalam masa terdekat bertujuan untuk mendorong EU membatalkan sekatan terhadap negaranya dengan seawal mungkin. Namun sekarang masih tidak dapat dipastikan sama ada usaha Rusia tersebut dapat membuahkan hasil atau tidak.

Sekatan EU terhadap Rusia berikutan krisis Ukranie akan tamat tempohnya pada bulan Julai depan. Kini, pelbagai negara anggota EU sedang menyelaraskan pendirian masing-masing mengenai sama ada melanjutkan tempoh sekatan ke atas Rusia atau tidak. Selepas krisis Ukranie tercetus, hubungan antara Rusia dan EU terbantut. Ketika menyebut tentang isu sekatan yang merupakan isu paling penting dalam hubungan Rusia-EU di Greece, Putin berkata bahawa sekiranya negara barat membatalkan sekatan terhadap Rusia, Rusia juga akan membatalkan sekatan ke atas negara barat dengan segera. Kenyataan Putin tersebut memang merujuk kepada negara anggota EU yang mengalami kerugian ekonomi dalam sekatan yang dilakukan oleh Rusia dan EU antara satu sama lain. Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras yang menyokong Putin menyatakan, kerangka keselamatan Eropah tidak dapat dibentuk tanpa penyertaan Rusia. Greece bersedia memberi sumbangan untuk membaik pulih hubungan antara Rusia dan EU. Meskipun Greece bukan kuasa besar dalam EU dan tidak dapat memainkan peranan utama dalam isu EU mengenakan sekatan terhadap Rusia, namun Rusia berharap pendirian yang ditunjukkan Greece dapat mempengaruhi pendirian negara anggota EU yang lain.

Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier baru-baru ini menyatakan bahawa percanggahan pendapat dalam EU semakin besar mengenai isu mengenakan sekatan terhadap Rusia dan suara yang menentang pelanjutan masa sekatan terhadap Rusia semakin lantang. Pada penghujung bulan April lalu, Perhimpinan Kebangsaan Perancis telah meluluskan satu ketetapan untuk menggesa kerajaan negaranya jangan menyokong pelanjutan masa sekatan terhadap Rusia, kerana sekatan itu bukan sahaja menjejaskan ekonomi Perancis, malah juga tidak berkesan untuk menyekat Rusia.

Penganalisis berpendapat, usaha diplomatik Rusia yang bertujuan untuk mendorong EU membatalkan sekatan terhadap negaranya tidak akan mendapat kesan dalam jangka masa yang pendek. Isyarat yang dikeluarkan dari Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh Negara (G7) menunjukkan, EU mungkin tidak akan meningkatkan sekatan terhadap Rusia pada musim panas tahun ini, tetapi mungkin akan melanjutkan masa sekatan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China