Cari:
Dialog Shangri-La: China Kemukakan Inisiatif Tadbir Urus Keselamatan Asia Pasifik
2016-06-06 13:23:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Naib Ketua Turus Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Sun Jianguo semalam telah mengemukakan empat inisiatif tadbir urus keselamatan di rantau Asia Pasifik dalam Dialog Shangri-La ke-15 di Singapura pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Keempat-empat inisiatif tersebut adalah seperti yang berikut:

Pertama, tetap berpegang pada hala tuju yang betul dalam tadbir urus keselamatan.

Kedua, saling mempelajari dan giat memahami budaya-budaya yang berbeza bagi memperkukuh asas tadbir urus keselamatan.

Ketiga, menginovasi falsafah tadbir urus keselamatan.

Keempat, membina kerangka keselamatan yang selaras dengan ciri keistimewaan rantau, di samping mengintensifkan mekanisme tadbir urus keselamatan.

Ketika menyebut isu Laut China Selatan, Sun menegaskan bahawa China tetap berpegang teguh kepada prinsip untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan melalui rundingan damai dan permuafakatan, selain mempertahankan kebebasan pelayaran dan penerbangan di kawasan perairan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China