Cari:
Xi Jinping Hadiri Dialog Ekonomi dan Strategi China-AS di Beijing
2016-06-06 16:59:15 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri majlis perasmian bersama Dialog Ekonomi dan Strategi China-AS ke-8 dan Rundingan Peringkat Tinggi Pertukaran Sosiobudaya China-AS ke-7 di Beijing.

Presiden Xi turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Terus Berusaha Membina Hubungan Negara Gergasi Jenis Baharu antara China dengan AS". Beliau menegaskan China dan AS sepatutnya berlandaskan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan rakyat pelbagai negara, mengambil sikap yang bertanggungjawab dan berusaha membina hubungan negara gergasi jenis baharu antara China dengan AS.

Xi Jinping turut menegaskan China dan AS perlu mengawal dan menangani perselisihan dan isu-isu sensitif dengan baik. China dan AS diharap meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam hal ehwal Asia Pasifik. Perairan Pasifik sewajarnya tidak menjadi medan pertarungan pelbagai negara, sebaliknya menjadi platform kerjasama pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China