Cari:
Kematian Selebriti Pelik dan Penuh Tanda Tanya
2016-06-23 14:02:56 CRI Cetak

Pemergian pelakon Star Trek, Anton Yelchin mengejutkan ramai kerana dia hanya berusia 27 tahun. Yang lebih mengejutkan adalah Yelchin meninggal dunia akibat kemalangan dan dia ditemui tersepit di antara tiang peti surat dengan pagar keselamatan akibat dirempuh keretanya sendiri.

Yelchin bukan satu-satunya bintang dan selebriti terkenal di dunia yang meninggal dunia dalam keadaan pelik dan penuh tanda tanya.

Selebriti televisyen, Steve Irwin, penyanyi Marvin Gaye dan ahli politik, Sonny Bono, bintang Hollywood, Paul Walker antara yang menemui ajal dalam kejadian atau kemalangan pelik.

Steve Irwin

Steve Irwin, yang terkenal sebagai pencinta haiwan dan alam sekitar, meninggal dunia akibat terkena sengatan ekor ikan pari ketika menjalani penggambaran sebuah rancangan televisyen.

Marvin Gaye

Marvin Gaye, bintang muzik legenda ini meninggal dunia akibat ditembak bapanya sendiri. Sebelum kejadian, Gaye dipercayai masuk campur dalam pertengkaran antara ibu dan bapanya.

Sonny Bono

Bono yang juga bekas suami penyanyi Cher, maut akibat kemalangan ski. Penyanyi yang turut dikenali sebagai ahli politik ini meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlanggar pokok ketika bermain ski di Nevada.

Paul Walker

Kematian Paul Walker masih ditangisi peminat sehingga hari ini.

Satu lagi kematian yang agak ironik ialah pelakon terkenal Paul Walker yang dikenali sebagai bintang filem Fast & Furious, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

(sumber Astro Awani Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China