Cari:
Sidang Kemuncak SCO Capai Konsensus Mengenai Isu Laut China Selatan
2016-06-25 15:55:52 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Tashkent Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) telah mencapai konsensus mengenai isu Laut China Selatan. Pelbagai pihak menyokong pendirian China dalam isu tersebut yang terkandung dalam Deklarasi Tashkent.

Menurut deklarasi tersebut, anggota-anggota SCO menganggap bahawa order laut perlu dilindungi berdasarkan undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen PBB Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS). Pelbagai pihak yang terlibat dalam pertikaian perlu menyelesaikan masalah melalui rundingan damai. Mereka juga menentang pertikaian itu diantarabangsakan atau campur tangan pihak ketiga.

Anggota-anggota SCO menegaskan kedudukan penting Majlis Keselamatan PBB dalam melindungi keamanan dan keselamatan antarabangsa perlu diperkukuh lagi.

Pada waktu yang sama, SCO juga menyokong meluluskan konvensyen PBB mengenai antikeganasan untuk membanteras keganasan, pemisahan dan ekstremisme serta menghadapi ancaman dan cabaran baharu yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China