Cari:
China dan Rusia Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif
2016-06-26 15:32:26 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Beijing semalam. Kedua pemimpin bersetuju untuk mengekalkan konsep kerjasama strategik dan persahabatan tradisional, meningkatkan sokongan antara satu sama lain, merapatkan rasa kesalingpercayaan politik dan strategik serta terus memperkasakan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia.

Presiden Xi berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penandatanganan Perjanjian Kerjasama Persahabatan Kejiranan Baik China-Rusia dan ulang tahun ke-20 terjalinnya perkongsian strategik China-Rusia. Kedua-dua keputusan itu selaras dengan kepentingan asas negara dan rakyat kedua-dua negara dan sejajar dengan trend perkembangan zaman.

Xi menegaskan bahawa China dan Rusia merupakan entiti ekonomi yang penting dan pasaran baru muncul di dunia. Oleh itu kedua-dua negara perlu memperluas kerjasama ekonomi khususnya mendorong penyelarasan strategik pembangunan kedua-dua negara dan pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) untuk menghadapi masalah dan cabaran dalam pertumbuhan ekonomi global.

Putin pula menyatakan bahawa pemimpin Rusia dan China mengekalkan hubungkan yang rapat dan ini bermanfaat bagi mendorong perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Sebagai rakan kerjasama strategik, Rusia dan China saling memahami dan menyokong dalam isu mengenai kepentingan masing-masing. Rusia bersetuju untuk terus meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, sumber tenaga, teknologi canggih, keselamatan dan sosiobudaya.

Pemimpin kedua-dua negara pula bersama-sama menandatangani Kenyataan Bersama Republik Rakyat China dan Persekutuan Rusia, Kenyataan Bersama Presiden China dan Rusia Mengenai Meningkatkan Kestabilan Strategik Global dan Kenyataan Bersama Presiden China dan Rusia Mengenai Mendorong Pembangunan Ruang Jaringan Maklumat.

Di samping itu, pemimpin kedua-dua negara telah menyaksikan penandatanganan lebih 30 buah dokumen kerjasama dalam bidang ekonomi, diplomatik, infrastruktur, inovasi teknologi, pertanian, kewangan, sumber tenaga, media, internet dan sukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China