Cari:
Xi: Bina Masa Depan Hubungan China-Rusia Yang Lebih Cerah
2016-06-26 15:45:09 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-15 penandatanganan Perjanjian Kerjasama Persahabatan Negara Jiran China-Rusia di Beijing semalam. Beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk "membina masa depan hubungan China-Rusia yang lebih cerah".

Menurut Presiden Xi, China dan Rusia menandatangani Perjanjian Kerjasama Persahabatan dan Kejiranan Baik China-Rusia 15 tahun yang lalu. Kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan perkongsian strategik komprehensif yang sama rata, saling mempercayai, saling menyokong, makmur bersama dan bersahabat dari generasi ke generasi. Hubungan ini telah membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara, malah menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau bahkan dunia.

Dalam tempoh 15 tahun lalu, China dan Rusia telah mencapai hasil yang cemerlang dalam kerjasama pelbagai bidang.

Xi berkata, kini China dan Rusia akan mengambil peluang sambutan ulang tahun ke-15 perjanjian ini untuk membuat pelan yang baharu bagi mengintensifkan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Putin dalam ucapannya pula berkata bahawa hubungan perkongsian strategik komprehensif Rusia-China ditubuhkan berdasarkan persahabatan, rasa saling menghormati dan menjaga kepentingan masing-masing. Rusia bersedia terus meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan China, di samping merapatkan kerjasama dalam bidang diplomatik, ekonomi, keselamatan dan sosiobudaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China